CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, July 12, 2009

tahukah anda????

Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda!!! bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda!!! bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008รข€², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?
Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari
Sejarah2U so..
kepada saudara muslimin muslimat..
tolong war2kn perkara ini!!!!!!
Asal artikel : jerungperkasa.com

p/s:jom boikot facebook..^_^




Saturday, July 11, 2009

::syurga cinta::




Jodoh ada tiga jenis jodoh.


Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Thursday, July 9, 2009

kEnapA kAmi rAsA naK bAlik sGt2...

dah nak balik..
beberapa hari je lagi..

dua hari ni ditekan2 n dipenyek2 oleh encik pathology..
last2 geram sgt tido atas encik patho kaler biru..(alasan nk tido jer ni....hehe...)

waaaa....mahu pulang..

nak balik Malaysia secara cpt..

nanay chan
nk pulang sbb jauh hati ngan ikan..

ain afiqah nk pulang sbb gaduh ngan Didiey..

'ismah mansurah nk pulang sbb rindu brunei...

tp..semua nyer based pada perkara yg samer...


...sebab balik 1...

::MakAn::

semua benda rasa nk mkn..dr cempedak goreng hingga keropok lekor..tu tak ckp ag psl nasi+lauk pauk yg bleh menyebabkan nanay chan lupa ikan belaan..


...sebab balik 2...

::fAmilY::

hahaha..sian mak ayah..jatuh no.2..biler dh balik tu, rasa nk terkam je semua adik beradik sepupu sepapa kupu-kupu oltromen sumer..rindu mereka sumer secara byk..tu xkira ag yg ada adik2 kecik comel cam ahmad adik ain afiqah tu..fuh..mmg penyek r bebudak tu kena peluk cium..


...sebab balik 3...

::kEkaWan n chEkgU2::

nak gi skolah lamer..jumpa chEkgu2 syg yg dh byk sgt berjasa pd kitEr sumEr ni..mula la nk imbau kenangan lomba lari ngAn chEkgU time ponTeng skolAH..xpon kenangan mandi ngan ayaq liur basi dlm kls time cg2 syok mengajar..

kwn2 laRk nk tahu perkembangan terkini..ada yg dh kawen sumer..tu xkira lg yg dr in relationship convert status tu single..sumer sbb convert nk kena siasat ni..riNdu tiMe zaman kanak2 ribena dulu..


...sebab balik 4...

::sHoppInG bAraNg2::

dh duk jauh ni la br tau Malaysia baek punyer country..brg kt tnh air berkualiti, murah n watsoeva..nk beli beg..baju..balik mesir (or dtg mesir) semula mesti mcm2 fesyen akan ditonjolkan..comel lote la bdk2 ni sat ag..


...sebab balik 5...

::nUr kAsiH::


nk tgok citer nur kasih..best n syok wa ckp lu...xtau citer aper??bukak u tube..I paksa u bukak skrg..hehehe..memain jer..tgok la..elok utk kesihatan minda..saje gatal mata nk tgok via tv, pdhl duk sini bleh jer via tnet..


..sebab2 lain...

sebenarnya aku nak_____________________(isi tmpt kosong)

hAbEs sUdeYH...


huraian pemilik blog : nanay chan sabaq erk..jgn putus asa ngan encik ikan..adeq pon samer..jgn berani sgt mematikan diri dlm dewan exam..nurul syuhada..selamat berusaha..kami syg kamoo...

pesanan penulis: yUciKa sgt2 sEroNok cOnTEng2 bLog org..hohoho...

Sunday, April 5, 2009

nothing to say lorh..

hahaa...
dah abeh 2 paper for mid term..
sampai bila nk exam ni???..
huhuhu..aku dah x sabar nk blk msia...
hari ni aku dikejutkan dengan satu berita..
rslt final sem 1 akan kuar esok!!!
adeyh..cuak!!
trus ter'distract' mlm ni nk study..
sodeyh!!

Thursday, March 19, 2009

saya gumbira ^-^

akhiryee dpt gak aku tukar flight dari emirates -> egypt air...

hepy!!x sabar nk blk msia...

to my family n kwn2..

jumpa bln 8 ni..

~~INSYAALLAH~~


mish my adik -_-

Wednesday, March 18, 2009

bertiga lebih baik??..

......

final decision..coming soon..^-^

sahabat~~teman~~kawan~~~rakan~~


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.
Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah.
p/s: tetibe je nak rasa post entry psl sahabat>>
SYG sahabat kita..~~~